Saturday, January 29, 2011

Hukum Cabutan Bertuah or GA

skang ni kite tengok rata2 trend kt blog sume buat pasal cabutan bertuah ni kan...
paling x pon GA yg dianjurkan tuh...
aku pon terikut sama trend tuh...
samada buat or join...

ada terfikir x...boleh ke tidak terlibat ngan GA2 ni yer....

dan aku terbaca kat zaharuddin.net berkenaan HUKUM2 cabutan bertuah & peraduan, pertandingan Moden...

aku xnak copy sume la...
nk copy sket jek...kalo korang nak tau lebih lanjut leh p website zaharuddin.net

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )


Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.

b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.


pada fahaman aku..asalkan pertandingan tu tidak merugikan mana2 belah pihak...
dia masih dibolehkan...
kalau salah tolong betulkan yer...

9 comments:

Lissa said...

rasanya kalo cabutan bertuah atau ga dlm blog tu ta haram.
sbb ta melibatkan pertaruhan duit.
cume ada kebaikan dn keburukan jer. rasanya haram ta kot. huhuh

.:padie_eyla:. said...

setakat nie tak pernah lagi join ga yang kena bayar pape. dapat hadiah sahaja adelahh. heheh.

nak share kat blog boleh.? =p kalo boleh, gtau kat shoutbox.? heee. maseyh2. ;P

Unknown said...

lissa:
mudah2an la kan...

padie_eyla:
hehe..boleh jek... :)
mende baik apa salahnyer share...

miezaniera said...

betui3...so far tkde lagi join ga yg kene bye..letrik pn free..internet pn free hahaha

fa10 said...

ga n contest halal..
tp klu ada yg minta kita vote, lps tu dia buat ga untuk membalas jasa pengundi2 tu..., mcm mana tu? ada unsur rasuah ke x ek?

Unknown said...

Miezaniera:
bertuah yer..sume leh free.huhu

fa10:
tang vote tu,ada mana2 pihak dpt kerugian x?
Rasanyer xder paksaan dlm voting kan...

azleen said...

Kita punyer GA ni tak melibatkan keharaman..Alhamdulillah..Merapatkan lagi persaudaraan lagik...kan..kan..kan...

+ e.z + said...

alhamdulillah, kiranyer slamaer nih eB amik yg halal la yer... TQ dear 4 d info :)

Umialya said...

akakpn terlibat gak dlm GA & Contest samada sbg penganjur @ peserta, rasanya xder masalah kot sbb niat utama nak tambah kenalan, xder lak niat2 tersembunyi yg harus dipertikaikan..